Saya mempunyai banyak kegemaran seperti bersukan, mencuba berjenis makanandan menonton filem. Tetapi yang saya paling gemar ialah bermain sukan ragbi. Ragbi adalah sukan yang memerlukan banyak berlari. Saya telah mewakili sekolah untuk menyertai beberapa pertandingan. Salah satu daripada pertandingan itu adalah ''Northzone U-11 Rugby Competition'' dan kami telah berjaya menjadi juara pertandingan itu. Yahoo! Selain daripada menjuarai pertandingan tersebut, kami juga berpeluang berkenalan dengan pemain-pemain dari pasukan lain.Pasukan yang paling saya gemar adalah daripada negeri-negeri Wales dan New Zealand kerana mereka adalah pasukan yang bagus. Pemain yang paling saya minat ialah Shane Williams. Dia adalah pemain yang paling kecil di pasukannya tetapi dia adalah pemain sayap yang boleh berlari dengan laju. Harap-harap saya tidak mendapat kecederaan yang serius bila main ragbi.Hehehe.