Cuti Sekolah Bulan Jun
Pada cuti sekolah bulan Jun yang lalu kami sekeluarga telah pergi ke Terengganu. Kami ke sana dengan menaiki bas ekspress. Kami bertolak dari Perhentian Bas Larkin pada pukul 10.oo malam. Kami tiba di Perhentian Bas Kuala Terengganu pada pukul 6.30 pagi keesokannya.
Semasa di sana, kami tinggal di rumah pakcik saya. Anak-anak pakcik saya ada seramai tiga orang. Nama sepupu saya ialah Qayyum, Umairah dan Qawiem.Umairah suka bermain dengan tiga ekor kucingnya. Qayyum pula suka bermain PSP. Qawiem ialah anak yang bongsu, dia amat comel dan sungguh melucukan.Dia suka mengajak saya bermain bolasepak.Semasa di sana, pakcik saya telah mengajak kami pergi ke beberapa tempat yang menarik di sekitar Terengganu. Kami pergi ke air terjun Sekayu dan air di sana amat sejuk.Kami boleh nampak beberapa ikan liar dan pakcik saya berjaya menangkap seekor. Kami juga ke Stadium Gong Badak untuk menyaksikan perlawanan akhir bolasepak diantara Terengganu dan Perlis.Kami berasa gembira apabila Terengganu menang 5-1. Pada hari keesokannya, kami telah ke Muzium Negeri Terengganu yang terletak di Losong dan Masjid Kristal yang terletak di Pulau Wanman. Kristal di masjid itu amat cantik dan berkilauan.Pada petang itu kami ke Pantai Chendering.Kami bermain dengan layang-layang dan salah satu daripada layang-layang itu tersangkut di atas sebatang pokok. Selepas bermain layang-layang, kami bermandi-manda di pantai tersebut. Kami beramai-ramai membuat sebuah istana pasir. Kami berasa sungguh gembira.Kami juga ke Pasar Kedai Payang untuk membeli buah tangan buat saudara dan sahabat handai. Semasa di sana, kami mencuba bermacam-macam jenis makanan Terengganu seperti Nasi Dagang, Keropok Lekor, Kayu Keramat dan berjenis-jenis juadah yang enak-enak belaka. Selepas seminggu disana, tibalah masa untuk kami pulang ke Singapura.
__________________________________________________________________
Keluarga Saya
Keluarga saya terdiri daripada enam orang iaitu abah, mama, seorang kakak,seorang abang dan seorang adik lelaki. Nama kakak saya ialah Aisyah dan dia berumur 21 tahun. Dia sedang menuntut diSIM dalam jurusan "Business Studies". Dia sering menghabiskan masa di Universitinya untuk mengulang kaji pelajaran. Sekarang dia sedang bercuti selama 3 bulan dan dihantar oleh universitinya untuk bekerja sementara di People's Association. Nama abang saya pula ialah Ahmad Irfan. Umur abang saya ialah 17 tahun. Dia bersekolah di Delta Senior School dalam jurusan "Food and Beverage". Dia amat suka ke Perpustakaan Negara di Civic Centre. Nama adik saya ialah Ahmad Ilyas. Umur adik saya ialah 9 tahun. Dia suka bermain bolasepak dan mengumpul permainan kereta "Hot Wheels". Abah saya bekerja sebagai seorang "Site Supervisor" dan dia amat menyayangi kami semua. Mama saya ialah seorang suri rumah. Dia memasak makanan yang sedap dan membantu kami membuat kerja sekolah. Dia selalu memberi kami nasihat supaya belajar dengan rajin dan menghormati orang yang tua dari kami serta rakan-rakan. Begitulah serba sedikit tentang keluarga saya.
__________________________________________________________________